TENTANG

PIALA PRESIDEN TNB (HEALTHIER.TOGETHER) CHALLENGE 2024


Piala Presiden TNB (Healthier.Together) Challenge 2024 adalah cabaran berjalan yang bertujuan untuk mengalakkan gaya hidup sihat dan melahirkan warga kerja yang aktif dan produktif. Cabaran ini mengkhususkan kepada berjalan kaki dan sesuai untuk disertai oleh semua peringkat umur. Setiap pekerja perlu memuat turun aplikasi BookDoc- Get Activ dan setiap langkah harian akan direkodkan oleh aplikasi tersebut.

Kategori Pertandingan adalah seperti berikut:

  1. Pemenang Peringkat Korporat
    • Keseluruhan (5 Pemenang Utama - Bahagian/Jabatan/Anak Syarikat)
    • Antara Bahagian (5 Pemenang Utama)
    • Antara Jabatan (5 Pemenang Utama)
    • Antara Anak Syarikat (5 Pemenang Utama)
  2. Kategori Individu
    • Lelaki (25 Pemenang Utama)
    • Perempuan (25 Pemenang Utama)
    • 100 Pemenang Cabutan Bertuah (undian tiket)
  3. Tempoh Pertandingan
    • Tahun 2024, mulai 01 Jan – 31 Dis 2024

Cara Pengiraan Purata Langkah Harian :-


Pencapaian Bulanan =
Jumlah Langkah Setiap Pekerja/Jumlah Pekerja x Jumlah Hari


Pencapaian Akhir Tahun =
Jumlah Langkah (Jan - Disember 2024)/Jumlah Purata Pekerja(Jan - Disember 2024) x Jumlah Hari


Contoh Pengiraan Purata Langkah Harian :-


Pencapaian Bulan Jan 2024 (31 hari),

1,520,000 langkah sebulan/150 pekerja x 31 hari
= 327 langkah


Pencapaian Akhir Tahun 2024 (Jan - Disember 2024 = 365 hari),

300,000,000 langkah setahun/152 pekerja x 365 hari
= 5,407 langkah

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai di Wellness Management Unit, TNB HealthCare seperti berikut:

Nama No. Tel Emel
Mohd Faizal bin Kamaruddin 012-302 8250 faizalk@tnb.com.my
Iman Syahril bin Mohamed 012-389 2807 imans@tnb.com.my
Mohd Noh bin Mohd Hamzah 017-879 5143 nohh@tnb.com.my

CARTA

Leaderboard by TNB Department


  • 1 Januari 2024 - 31 October 2024

Rank Department Avg. Daily Steps
Per Staff
Tier
1TNB Chairman Office 5,988 Bronze
2TNB President/CEO Office 2,245 N/A
3Group Internal Audit Department 2,209 N/A
4Single Buyer Department 1,596 N/A
5Company Secretary Department 1,046 N/A
6Grid System Operator Department 962 N/A
7Group Corporate Communication Department 935 N/A
8Legal Services Department 686 N/A

Leaderboard by TNB Division


  • 1 Januari 2024 - 31 October 2024

Rank Division Avg. Daily Steps
Per Staff
Tier
1Sustainability Division 4,146 Bronze
2Group Finance Division 3,729 Bronze
3Group Human Resource Division 2,925 N/A
4Regulatory & Stakeholder Mgmt. Division 2,492 N/A
5New Energy Division 1,839 N/A
6Strategy & Ventures Division 1,420 N/A
7TNB Global Business Solutions Division 1,028 N/A
8Procurement & Supply Chain Division 1,027 N/A
9ICT Division 1,018 N/A
10Grid Division 892 N/A
11Distribution Network Division 632 N/A
12Retail Division 628 N/A

1 1 Includes staffs from Bahagian Strategy & Ventures, TNB LABS Sdn. Bhd. and TNB Research.

Leaderboard by TNB Subsidiary


  • 1 Januari 2024 - 31 October 2024

Rank TNB Subsidiary Avg. Daily Steps
Per Staff
Tier
1TNB Fuel Services Sdn. Bhd. 3,131 Bronze
2Yayasan Tenaga Nasional 2,906 N/A
3TNB Integrated Learning Solution SB 2,867 N/A
4TNB Engineering Corporation Sdn.Bhd. 1,797 N/A
5TNB Research Sdn. Bhd. 1,455 N/A
6Sabah Electricity Sdn. Bhd. 1,415 N/A
7TNB Renewables Sdn. Bhd. 1,268 N/A
8TNB Power Generation Sdn. Bhd. 868 N/A
9Malaysian Transformer Manufacturing SB 864 N/A
10TNB Energy Services Sdn. Bhd. 823 N/A
11Universiti Tenaga Nasional Sdn. Bhd. 539 N/A
12Allo Technology Sdn. Bhd. 530 N/A
13Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd. 317 N/A
14Tenaga Switchgear Sdn. Bhd. 283 N/A

1 Includes staffs from Allo Technology Sdn. Bhd., Liberty Power Limited, TNB Power Generation Sdn. Bhd. and TNB Renewables Sendirian Berhad.

2 Includes staffs from Uniten R&D Sdn Bhd and Universiti Tenaga Nasional Sdn. Bhd.

PEMENGANG PIALA PRESIDEN 2022

PANDUAN PENGGUNA

PERANTI KECERGASAN & APLIKASI YANG SESUAI

KOD PENGAKTIFAN DAN KESESUAIAN

Apa yang saya perlukan sebelum menggunakan BookDoc Activ?

Anda hanya memerlukan nombor telefon yang sah, alamat emel atau akaun Facebook yang sah, telefon pintar yang sesuai dan peranti atau aplikasi telefon yang boleh mengesan langkah anda.

Peranti atau aplikasi telefon yang boleh mengesan langkah anda:

Peranti/Aplikasi Description Additional Requirments
kecergasan yang boleh dipakai Fitbit, Garmin, Zepp Life App Pastikan keperluan perisian adalah bersesuaian dengan telefon pintar anda.
Aplikasi kecergasan (boleh dimuat turun secara percuma) (Apple), Samsung Health (Samsung), Google Fit (Android yang lain; juga sesuai dengan aplikasi Zepp Life), Huawei Health (Huawei). Telefon pintar anda perlu mempunyai pengesan pergerakan.
Telefon Pintar yang sesuai:
Jenis Sistem Operasi
iPhone (Apple) iOS 12.2 dan ke atas
Android Android 6.0 dan ke atas

Bagaimana saya ingin menyertai BookDoc Activ?

Muat turun “BookDoc” secara PERCUMA di App Store, Google Play atau di App Gallery. Tekan butang “Activ” di aplikasi BookDoc dan ikuti arahan yang telah di tentukan oleh BookDoc Activ.

Apakah kod pengaktifan untuk TNB Vibrant Living dan bagaimana untuk mengaktifkannya?

Kod pengaktifan untuk TNB Vibrant Living adalah tnbvbl. Anda perlu tekan butang “Activate Now” yang berada di bahagian bawah laman utama aplikasi BookDoc, kemudian masukkan nombor pekerja anda dan tekan butang “Save”.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya terlupa kata laluan, maklumat daftar masuk atau jika mahu menukar profil saya?

Sila emelkan kepada kami di care@bookdoc.com atau hubungi kami di talian 1300-88-2362 (Isnin-Jumaat 9 pagi – 6 petang).

Mengapa saya perlu mengesahkan nombor telefon saya?

Nombor telefon yang disahkan membolehkan anda untuk melihat ganjaran dan mengaktifkan system pemberitahun (notification) BookDoc. Sila pastikan nombor telefon anda dimasukkan dengan betul. Jika anda masih menghadapi kesukaran, sila hubungi kami melalui e-mel di care@bookdoc.com atau hubungi kami di 1300-88-2362 (Isnin-Jumaat: 9 pagi-6 petang).

Saya bimbang dengan kerahsiaan saya. Maklumat apa yang dikumpul oleh pihak BookDoc sewaktu mengesan langkah saya?

Boleh rujuk kepada polisi kerahsiaan kami.

Mengapa saya masih tidak dapat mengaktifkan program TNB Vibrant Living selepas saya memasukkan Kod Pengaktifan dan nombor pekerja?

Sila pastikan Kod Pengaktifan serta Nombor Pekerja yang telah dimasukkan adalah betul. Jika anda masih menghadapi kesukaran, sila emelkan masalah anda di care@bookdoc.com atau hubungi kami di talian 1300-88-2362 (Isnin-Jumaat 9 pagi – 6 petang).

Apa yang perlu saya lakukan jika akaun BookDoc saya telah daftar keluar?

Sila tekan "Log In" di halaman pendaratan atau di menu sisi yang boleh diakses dari sudut kiri atas. Jika sebelum ini anda telah mendaftarkan akaun pengguna dengan e-mel, anda hanya perlu memasukkan semula e-mel yang sama diikuti dengan kata laluan untuk log masuk. Jika sebelum ini anda telah log masuk menggunakan kelayakan Facebook anda, sila klik butang "Sign in with Facebook".

SELARASKAN PERANTI KECERGASAN ANDA

Adakah saya perlu membuka BookDoc Activ setiap waktu?

Ya. Anda perlu membuka BookDoc Activ dengan kerap. Jika anda daftar keluar, maklumat yang lengkap tidak akan dibaca untuk menentukan tingkat pencapaian dan Mata BookDoc Activ anda.

Jumlah langkah saya tidak dapat diselaraskan dengan BookDoc Activ. Apakah yang perlu saya lakukan?

Sila pastikan anda menggunakan telefon pintar yang bersesuaian, peranti atau aplikasi telefon yang sesuai. Jika masih tidak berfungsi dengan baik, mohon untuk email kepada kami di care@bookdoc.com atau menelefon kami di 1300-88-2362 (Isnin-Jumaat 9 pagi – 6 petang).

Berapa banyak kuasa bateri yang digunakan untuk aplikasi BookDoc Activ?

Minimal, kerana kami tidak memerlukan anda untuk membuka aplikasi BookDoc setiap waktu. Anda hanya perlu memastikan anda tetap mendaftar masuk ke akaun anda.

Adakah BookDoc Activ memerlukan data internet yang banyak?

Minimal, kerana kami tidak menyalurkan data secara terus (real-time).

Adakah rekod langkah akan sentiasa direkodkan walaupun jika saya tidak membuka data internet telefon atau berada di luar negara?

Untuk aplikasi pengesan seperti Samsung Health/Google Fit/ Apple Health/HuaWei Health, aplikasi ini masih berfungsi walaupun berada dalam mod luar talian (tiada internet). Walau bagaimanapun, minimal data internet/wifi masih diperlukan untuk menghantar rekod langkah anda dari aplikasi pengesan kepada aplikasi BookDoc.

PERTANDINGAN DAN HADIAH UTAMA

Bagaimana untuk saya dapat meningkatkan peluang saya untuk memenangi hadiah utama?

Hadiah Utama akan diberikan kepada pemenang berdasarkan sistem cabutan bertuah/raffle sistem. Setiap orang berpeluang memenangi Hadiah Utama, tetapi peluang mereka untuk menang adalah berbeza bergantung pada bilangan tiket raffle maya yang mereka kumpul sepanjang tahun. Lebih banyak tiket yang dimiliki, lebih besar kemungkinan tiket raffle maya mereka akan diundi sebagai pemenang.

Sepanjang tahun akan terdapat pelbagai cabaran yang dianjurkan untuk individu (seperti cabaran maya di aplikasi BookDoc) dan berkumpulan (seperti pertandingan di antara Kelab Kilat). Dengan mengambil bahagian dalam cabaran ini dan mencapai keputusan terbaik, anda akan diberikan tiket raffle maya tambahan. Selain itu, BookDoc Activ Tier bulan ke bulan anda juga akan memberikan anda tiket raffle tambahan.

Bagaimana saya ingin pastikan saya tidak terlepas peluang untuk menyertai semua pertandingan sepanjang tahun?

Semua rekod pertandingan serta pengumuman terbaru akan dipaparkan di laman sesawang TNB Vibrant Living.

Pengumuman juga akan dibuat menggunakan saluran lain seperti email, notis pemberitahuan, Tenagawan News, INF dan banyak lagi.

Apakah yang dimaksudkan dengan cabaran maya individu?

Cabaran individu yang akan dijalankan sepanjang tahun adalah menggunakan kaedah cabaran maya. Untuk menyertai cabaran ini, anda perlu membuka aplikasi BookDoc, tekan ‘Activ’ dan klik pada ikon Piala yang berada di sebelah kanan bawah. Di halaman ‘Challenges’, anda akan lihat senarai cabaran maya yang sedang dijalankan di bawah seksyen ‘Exclusive’. Seksyen ini hanya dapat dilihat oleh warga TNB sahaja.

Sila pastikan anda klik setiap cabaran dan sertainya sebelum cabaran bermula. Promosi melalui notis pemberitahuan dan mengumuman menggunakan pelbagai saluran komunikasi akan dilakukan setiap kali cabaran baru disediakan. Penyertaan dan rekod pencapaian anda di dalam setiap cabaran ini akan menentukan jumlah bilangan tiket maya tambahan yang anda akan menangi.

Apakah yang dimaksudkan dengan cabaran berkumpulan?

Cabaran kategori ini adalah cabaran yang melibatkan pertandingan beberapa kumpulan seperti cabaran antara jabatan, cabaran antara Kelab Kilat dan sebagainya. Pengumuman untuk setiap cabaran akan dilakukan melalui pelbagai saluran komunikasi. Anda juga boleh melihat maklumat yang lebih lengkap berkenaan cabaran di halaman ‘Current Challenge’ laman sesawang TNB Vibrant Living.

Pastikan anda kekal aktif dan selaraskan pengesan kesihatan anda dengan BookDoc untuk pastikan anda layak menyertai cabaran ini. Selain itu, penyertaan anda serta pencapaian cabaran berkumpulan akan menentukan jumlah tiket maya tambahan yang akan dimenangi.

TINGKAT PENCAPAIAN DAN GANJARAN

Apakah tingkat-tingkat pencapaian di dalam BookDoc Activ?

Tingkat-tingkat pencapaian di dalam BookDoc Activ adalah seperti berikut:

Tingkat Pencapaian Purata Langkah Harian
Platinum 10,000 untuk 3 bulan berturut-turut
Gold 10,000
Silver 6,000
Bronze 3,000

Apakah ganjaran yang ditawarkan oleh pihak BookDoc Activ jika saya berjaya mencapai tahap yang telah ditentukan?

Sila rujuk senarai Rakan Ganjaran kami di “View Rewards” pada bahagian “Activ” untuk perincian selanjutnya.

Bilakah saya boleh menuntut ganjaran tersebut?

Anda akan menerima notis pemberitahuan pada hari pertama dalam bulan berdasarkan Peringkat Keahlian yang anda capai pada bulan sebelumnya. Jika anda mencapai sekurang-kurangnya Tahap Gangsa, anda boleh menuntut baucar pada mana-mana hari dalam bulan tersebut. Baucar kemudiannya sah selama 15 hari dari tarikh tuntutan yang anda boleh tebus daripada peniaga melalui kedai dalam talian atau fizikal, bergantung pada Terma & Syarat.

Bagaimana untuk saya capai dan kekalkan pencapaian untuk Platinum?

Untuk mencapai tahap Platinum, anda perlu pastikan anda mencapai tahap Gold selama 3 bulan berturut-turut. Untuk mencapai tahap Gold pula, anda perlu kekalkan purata langkah harian anda sekurang-kurangnya 10,000.

Sebagai contoh, anda telah berjaya mencapai tahap Gold pada bulan pertama dan kedua, pada bulan ketiga, jika anda masih berjaya mengekalkan 10,000 purata langkah harian, status anda akan bertukar kepada tahap Platinum pada akhir bulan ketiga.

Jika anda berharap untuk mengekalkan tahap Platinum anda, anda perlu mengekalkan 10,000 purata langkah harian anda pada setiap bulan berikutnya. Bagaimanapun, jika anda hanya mampu mencapai 7,000 purata langkah harian pada bulan seterusnya, status pencapaian anda akan bertukar kepada tahap Silver.

Apa akan terjadi jika saya terlepas tempoh untuk menuntut ganjaran saya?

Anda boleh mencuba lagi pada bulan berikutnya kerana Tuntutan Ganjaran akan diulang setiap bulan.

Apa yang perlu saya lakukan jika saya tidak boleh menebus ganjaran saya?

Sila emelkan kepada kami di care@bookdoc.com atau hubungi kami di talian 1300-88-2362 (Isnin-Jumaat 9 pagi – 6 petang).

MANFAAT LAIN BOOKDOC

Selain daripada Activ, apakah faedah lain yang saya boleh dapatkan daripada program ini?

Terdapat 8 lagi fungsi lain yang anda boleh dapati di dalam aplikasi BookDoc iaitu "Search & Book", "Marketplace", "Teleconsult", "Challenges", "Health Coach", "Food Log", "Mental Health" and "Events & News".

  • BookDoc Search & Book membantu pengguna untuk mencari dan menempah pembekal penjagaan kesihatan di mana-mana sahaja.
  • BookDoc Marketplace adalah pusat jualan barangan kesihatan secara dalam talian dimana anda boleh membandingkan pakej-pakej kesihatan yang telah mempunyai potongan diskaun serta harga yang lebih menarik.
  • BookDoc Teleconsult ialah Sembang Dalam Talian atau Panggilan Video dengan doktor, dengan pilihan untuk kekal tanpa nama.
  • BookDoc Challenges ialah cabaran awam dan eksklusif untuk memenangi hadiah yang teruja
  • BookDoc Health Coach ialah mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan dalaman BookDoc untuk mengekalkan gaya hidup sihat
  • BookDoc Food Log untuk memuat naik makanan dan memantau pengambilan kalori dalam setiap hari.
  • BookDoc Mental Health ialah platform untuk menjejaki mood harian dan program untuk mengakses keperluan perkhidmatan kesihatan mental dalam kalangan pengguna
  • BookDoc Events & News sentiasa dikemas kini dengan artikel dan petua kesihatan terkini yang disusun oleh penyedia penjagaan kesihatan.